Tuesday, January 3, 2012

Untuk 'Kau'

aku tidak rasa kau itu ada
aku tidak rasa kau itu punya rasa
aku tidak rasa kau itu bisa bercerita
aku tidak rasa kau itu mampu bergembira
kerana kau manusia tidak berguna !

Aku rasa kau pandai berdusta
aku rasa kau pandai berkata-kata
aku rasa kau pandai bermain muka
aku rasa kau pandai memujuk nista
kerana kau talam dua muka !

Mereka tidak mengerti apa-apa
mereka tidak mengerti siapa
mereka tidak mengerti apa berlaku
mereka tidak mengerti dimana punca
kerana kau pandai bermain bayang !

Aku bukan marah
aku bukan dendan
aku bukan benci
aku bukan dengki
aku hanya meluat melihat wajah kau yang tak ada seri

Setiap titik noda kau lemparkan juga pada aku
setiap jalan hitam kau tunjukkan juga pada aku
setiap lorong gelap kau nampakkan juga pada aku
ah ! memang tak ada malu

Aku bukan kayu
aku bukan batu
aku bukan bisu
sekali aku bersuara nanti
ingat.....
jangan ada benci

Khairulazwadi
02 / 01 / 2012

1 kRiTiK DiSiNi:

Isma said...
This comment has been removed by the author.