Lembaran Perjalanan
Aku bukakan satu persatu helaian perjuangan
hampir aku terlupa dimana permualaannya
terhenti dimana helaiannya
rugi rasanya bila teringat
oh.. sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian
Bagaikan sebuah buku kehidupan
jawapan pasti penuh noda hitam tertulis
lisan , pendengaran , pengelihatan , rasa lidah
oh.. sesnungguhnya tersia sahaja pemberian percuma
Ar-Rahman memberi aku pengelihatan
Ar-Rahman memberi aku pendengaran
Ar-Rahman memberi aku rasa lidah
Ar-Rahman memberi aku lisan yang indah
apakah Ar-Rahim NYA aku gunakan dengan sempurna ?
Aku lihat saudara bermandi darah
aku lihat airmata syahadah
aku lihat derita ummah
pasti soalan nanti akan ditanya...
'' dimana kamu ketika saudaramu bermandi darah ?''
'' dimana kamu ketika tumpahnya airmata syahadah ? ''
'' dimana kamu ketika melihat derima ummah ? ''
Ya Rabbi.... apakah aku bisa memberi jawabannya ?
Gerakkan hatiku bermunajat
gerakkan hatiku berdoa
gerakkan hatiku berniat
moga syahid terbuka untukku
untuk menegakkan agamaMU yang SATU
Amin..........
Khairulazwadi
16 / 01 / 2012

1 kRiTiK DiSiNi:
Post a Comment