Apa Mahu Mu
Aku mahu kau jauhkan rasa prasangka
kerna itu bahana membunuh yang bisu
peluklah ajaran Rasulmu
aku percaya ada kekuatan disitu
Jatuh bangun roda manusia
telahan hanya sangkaan
kebetulan hanya sindiran
kebenaran bahan mainan
mana hilang semua iman ?
Bila jatuh kau merungut sakan
hati tak sedar itu mainan syaitan
jauh hati qarin bisikkan
biar kau jauh dari lurusnya jalan
Aduhai hati yang lemah
aku mengadu pada tuhan yang ESA
kepadaMU tempat berserah
tempat aku berdoa , munajat dan bertaubat
Aku nasihat diri
aku nasihat kamu
aku nasihat semua
Khairulazwadi
10 / 01 / 2012
1 kRiTiK DiSiNi:
Post a Comment