Sunday, December 4, 2011




Ada keindahan Di Wajahmu

Redup hati melihat sang ayu menutup mata
hadiah senyuman dan menungan tanpa sedar
betapa syukur hati merasa
bak bumi membasah dan bunga pun memekar

Payungi cintaku dalam dakapan
mudah laluanku kerana hati memahami
sayu hatiku jika kau pergi
hilang bukan kerana janji
jemari kita telah terpimpin bersama
jangan lepaskan hatta merenggangkannya

Ku tatap indah wajahmu
dalam seribu kata aku terpaku suara
dari sang keayuan raut wajah
aku terbuai keasyikan cinta
laksana kerinduan yang tiada penghujungnya

Bersama kita utuskan kesyukuran
kenikmatan ini seluas permaidani langit
keindahan ini sedalam jantung lautan
tiada lagi kesunyian terasa
dan siulan pipit bersamaku

pabila aku melihat wajahmu

Khairulazwadi
05/12/2011

7 kRiTiK DiSiNi:

Ilya Maisara said...

Lantaran kasih kurnia Ilahi
dihadiahkanNya kita hidup ini
suria menyinar pagi
bintang menyeri malam dingin
hadiah agung buat insan alam fana ini

Bunga mekar setaman
mencetus tenang jiwa nan lara
larut sudah air mata
dek kasih tak putus menitis
tulus dari hati kekasih buat yang dikasihi...

PeNdEkAr JaWa said...

hebat2.... terpegun seketika... ekekekekeke

Ilya Maisara said...

saje suke2.. :)

PeNdEkAr JaWa said...

saya post lah kedepan puisi nih yer...

Ilya Maisara said...

ha? adoi >< malu nih...

PeNdEkAr JaWa said...

malu plak... ramai je kawan2 saya yg saya kedepankan

Ilya Maisara said...

trima kasih =)