Thursday, December 29, 2011

Keterbatasan akal manusia dalam memikirkan keajaiban ciptaan tuhan sememangnya diakui. Maha Suci dari segala cacat cela dan kehinaan. Apa yang kita miliki hanya sekadar pinjaman dan ianya bakal dipulangkan kembali kepada Yang Empunya diri ini. Ketahuilah bahawa apa yang kita rasa , lihat , sentuh , fikir semua itu akan dihadapkan ke pengadilan yang utama. Dimana kita ketika itu ? masih lagi mahu berbicara dunia ? Penyesalan tidak ada gunanya dan ketika itu hanya saling salah menyalahkan.

Oleh kerana itu pada ketika inilah, pada saat inilah kita harus memperbaiki diri. Kita ini manusia hina yang tercipta dari titisan air yang hina namun amat dimuliakan Sang Pemcipta. Ketahuilah juga kita adalah sebaik-baik kejadian. Kita dimuliakan lebih dari malaikat, lebih dari jin dan seisi dunia. Kenara kemuliaan ini adalah supaya kita berasa rendah diri dan kembali hina kerana kita tidak punya apa-apa.

Yang Maha Agung mencabar manusia ''datangkan walau seekor lalat sekalipun''. Nyata kita tidak mampu untuk menyahut cabaranNYA. Kerana apa ? Kerana setiapa apa yang kita miliki ini pun adalah satu pinjaman dan pinjaman itu seharusnya atau selayaknya wajib dipulangkan kepada yang Maha Hak. Apa bisa lagi kita berselimut rasa sombong dan bongkak kerana kesempurnaan ini ? Galak rupa firaun yang mengaku tuhan akhirnya mati ditelan lautan. Apa ada pada manusia.

Amat sedikit seklai kita bersyukur. Amat sedikit sekali kita merenung kebesaran Yang Azali. Renungkan betapa kita perlu ada tujuan yang sebenar dalam kehidupan ini. Dunia ini hanya jambatan untuk kita menheberangi alam akhirat. Dunia ini sebagai timbangan awal untuk kita memberatkannya dengan amalan yang indah dan cantik sisi Pencipta dan dikasihi kekasihnya.

Bukan cerita dongeng , bukan fiksyen , bukan novel antara dunia. Aku ini manusia penuh noda penuh dosa. Diri ini amat malu dengan segala apa yang dipinjamkan kerana sedikit demi sedikit aku memusnahkan apa yang dipinkamkan kepadaku. Terlalu besar untuk diganti kembali. Bukan mudah membina amal jika hati mudah melaku dosa.

Apa engkau fikir engkau sempurna ? Engkau fikir englau punya segala harta ? Adakah pernah terfikir itu semua datangnya dari mana ? Persoalan yang seringkali kita lupakan , nikmat dipeluk erat digenggam tampa lepas tetapi jarang kita memikirkan kembali dari mana asal nikamt ini. Jauh lagi untuk luahkan rasa syukur kepada Yang Maha Memberi. Engkau kaya dari mana datang semua kekyaan itu, tenaga yang engkau curahkan, akal yang engkau keluarkan , hasil yang engkau perolehi. Dari mana semua itu ? Kalau Bukan dari Yang Maha Memberi Rezki. DIA yang selayaknya kaya. Kita manusia hina. Kosong tanpa apa-apa.

Kita.... angkat sahaja takbir ALLAHUAKBAR. Terang tanpa bersuluh itu lah yang Maha Besar , yang Maha Kuasa , yang Maha Agung. Tidak rasa terhinakah jika ada sekelumit sombong dan ego dalam diri sedangkan apa guna bertakbir dalam setiap kali melakukan ibadah wajib itu ? Kita begitu mudah melafaz kata, jauh dari sedar kita tidak mengerti akan amanah yang terpikul itu. Hinanya kita manusia , kita hanya hamba.

Bagaimana mungkin kita kembali dalam keadaan tenang dan saling redha meredhai antara kita dan Maha Pencipta sedangkan dalam masa yang sama setitik noda masih melekat dalam hati kita ? Apa mungkin nama kita disebut , apa mungkin akan diingat nama kita sedangkan berat sekali bibir melafazkan kata ZIKIR dan amat ringan melakukan kesalahan. Sekilas hati amat sukar manusia mengerti namun yang Maha Agung amat mendalam pengetahuannya tentang hati manusia yang hina ini.

Kembalikah kita kepada fitrah , sedngkan kita msih berlumba-lumba dengan kesenangan dunia. Kita sering lupa untuk memohon keampunan dari dosa. Kita selalu hanyut dari noda dan itu lah yang membuatkan kita lalai dan leka. Masa lalu itu selalu menggigit perasaan kerana rasa salah yang maha tinggi kita lakukan. Apakah bisa terampun dengan kata taubat atau kita menanti masa terbitnya matahari dari barat baru tergerak mencari pintu itu ?

Pesanan untuk aku dan kepada yang mahu mencari redha.

AMIN.........................

Khairulazwadi
30 / 12 / 2011

1 kRiTiK DiSiNi:

Isma said...

perenggan 1.. baris 1.. *memifirkan itu apa? ><