Wednesday, December 28, 2011




Carilah Rindu Yang Baru

Salju rindu menggigit dalam kesejukan
berselimut airmata 
berteman alam maya 
pabila hadir rintikan hujan 
kehangatan airmata hilang dibawa kerinduan

Perlukah ada sejuta bintang bergantungan
sedangkan satu sahaja yang kelihatan
tidak aku harapkan itu menjadi pegangan
khuatir terlepas dari pandangan
terguris jua yang mengalunkan

Berbekaskah kata-kata hikmatku dalam hatimu ?
atau hanya sekadar deruman angin lalu
tidak kelihatan namun dinginnya terasa
tapi sayang hilang bila indahnya didakap

Kerana apa terciptanya dirimu
sekiranya tertulis bukannya untukku
bukalah mata seluas pandanganmu
jelas aku bukan disitu 
hanya mainan anganmu bersatu

Sedarlah wahai sang hati
saat langkah ku dulu terhenti
aku undurkan diri
membahagiakan insan pada yang telah tertulis untukku
nyata bukan untukmu

Carilah kasih yang lain
memadulah didalam angan rindumu bersamanya
agar lupa setiap calar kenangan itu
terhapus bersama rindu yang baru

Khairulazwadi
28 / 12 / 2011

1 kRiTiK DiSiNi:

Isma said...

nak order kuih raya la ><